|
|
| Sunday, 8-Oct-2006 01:18 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Perang Dunia Kedua di Lautan Pasifik
|
 |
|
Tentera Amerika berbangsa Negro
|
|
 |
|
Lapangan terbang tentera Amerika di Lautan Pasifik
|
|
 |
|
Kapal terbang Amerika
|
|
 |
|
Ibarat burung cendrawasih terbang di kayangan
|
|
 |
|
Kapal pengangkut kapal terbang tentera Amerika
|
|
 |
|
Bersedia untuk berlepas
|
|
 |
|
Pertempuran sengit di Lautan Pasifik yang menanti mangsa
|
|
 |
|
"Depth bomb" dijatuhkn apabila didpti ada kapal selam musuh
|
|
 |
|
Tentera laut Amerika menembak senjata anti-kapal terbangnya
|
| | View all 11 photos... |
|
Ketika Perang Dunia Kedua, pertempuran yang paling hebat ialah ketika tentera Jepun bertempur dengan tentera Amerika dan British di Lautan Pasifik. Pertempuran yang terkenal di Lautan Pasifik adalah seperti pertempuran di Laut Karang, di Teluk Leyte, di Teluk Manila, di Pulau Gudalcanal, di Pulau Midway, di Pulau Guam, di Pulau Saipan, di Pulau Wake, di Pulau Okinawa dan banyak lagi. Ketika inilah tentera Jepun terkenal dengan aksi kamikaze oleh tentera udaranya.
Operasi kamikaze bermula ketika tentera Jepun bertempur dengan tentera Amerika di Teluk Manila/ Teluk Leyte. Pada mulanya, operasi kamikaze telah berjaya menyekat kemaraan tentera Amerika dan amat digeruni oleh armada tentera laut Amerika. Pangkalan tentera udara Jepun yang banyak membantu operasi kamikaze adalah berpengkalan di Pulau Formosa (Taiwan) dan Filipina. Tetapi, ketika perang hendak tamat, operasi kamikaze kurang berjaya kerana tentera laut Amerika telah mencipta sejenis senjata penembak anti-kapal terbang automatik yang akan dapat mengesan kapal terbang Jepun dan menembaknya secara automatik sebelum datang lebih dekat untuk menjunam ke arah kapal tentera Amerika. Senjata ciptaan tentera Amerika ini telah menggagalkan operasi kamikaze walaupun terdapat juga kapal terbang Jepun yang berjaya mebolosi tembakan senjata automatik ini dan terus menjunam ke arah kapal perang Amerika. Mari kita sama-sama melihat keadaan Perang Dunia Kedua di Lautan Pasifik. Gambar-gambar yang ditunjukkan adalah diambil daripada Majalah National Geographic tahun 1944 yang terdapat di dalam koleksi saya.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 8-Oct-2006 00:57 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Peranan Wanita ketika Perang Dunia Kedua
|
 |
|
Mereka mahir membuat kerja mengimpal
|
|
 |
|
Mereka mahir untuk membuat kapal belon udara
|
|
 |
|
Mereka sibuk bekerja
|
|
 |
|
Nenek pun tidak terlepas untuk membantu jentera peperangan
|
|
 |
|
Pegang bom macam pegang bayi =P
|
|
 |
|
Memastikan lori tentera dapat beroperasi dengan sempurna
|
|
|
Ketika Perang Dunia Kedua, kebanyakan kaum lelaki menyertai tentera dan terkorban di medan perang. Manakala, kaum wanita pula tidak berpeluk tubuh, tetapi meraka telah membantu menggerakkan jentera peperangan di sebalik tadbir walaupun bukan di medan perang. Kaum wanita telah bekerja di kilang-kilang senjata demi memastikan suami atau teman lelaki mereka tidak kalah di medan perang kerana kekurangan senjata untuk bertempur dan sentiasa mara di hadapan ketika bertempur di medan perang. Itulah peranan kaum wanita ketika Perang Dunia Kedua yang tidak mengira umur dan berat badan. Kurus, gempal, tua dan muda semuanya bekerja di kilang senjata bagi membantu orang yang tersayang di medan perang dan juga demi negara yang tercinta . Gambar-gambar yang ditunjukkan adalah di ambil dari Majalah National Geographic tahun 1944 yang merupakan sebahagian daripada koleksi berharga saya
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 8-Oct-2006 00:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Perang Dunia Kedua Di Myanmar
|
 |
|
Pengeboman oleh Amerika terhadap pengkalan tentera Jepun
|
|
 |
|
Tentera British menggunakan "glider" ketika operasi
|
|
 |
|
Pengeboman oleh Amerika terhadap kemudahan tentera Jepun
|
| | View all 6 photos... |
|
|
Sering kali kita mendengar daripada cerita sejarah bahawa Perang Dunia Kedua telah pun merebak ke Asia, tetapi bagaimanakah gambaran yang sebenar semasa perang tersebut??? Maka satu-satunya cara untuk kita melihat situasi semasa Perang Dunia Kedua melanda kawasan Asia ialah melalui gambar-gambar yang diambil oleh jurufoto tentera dan kemudian di terbit di dalam majalah ketika perang. Di sini saya ingin kongsi bersama koleksi yang ada pada saya di mana saya mempunyai satu majalah National Geographic yang diterbitkan semasa Perang Dunia Kedua pada tahun 1944. Gambar-gambar yang dipaparkan adalah ketika tentera Bersekutu cuba untuk menawan Burma daripada Jepun.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 7-Oct-2006 11:42 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Perang Dunia Kedua Di Eropah
|
 |
|
Poskad gambar Hitler (muka depan)
|
|
 |
|
Poskad gambar Hitler (muka belakang)
|
|
 |
|
Tentera Nazi di Eastern Front (muka depan)
|
| | View all 9 photos... |
|
|
Di sini saya sertakan gambar-gambar poskad propaganda tentera Nazi di bawah kepimpinan Adolf Hitler daripada Parti NSDAP yang terdapat di dalam koleksi saya. Poskad ini adalah ketika sebelum dan semasa Perang Dunia Kedua di Eropah.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 1-Oct-2006 14:50 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Siapakah beliau?
|
 |
|
Mr. Justice Abdul Hamid
|
|
|
Mungkin anda tertanya-tanya siapakah beliau? Nama beliau ialah Abdul Hamid dan dipanggil sebagai Mr. Justice Abdul Hamid. Beliau berasal dari Pakistan. Beliau adalah satu-satunya anggota Suruhanjaya Reid yang bertanggungjawab memasukkan Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu semasa Persekutuan Tanah Melayu hendak mencapai kemerdekaan. Semoga Allah memberkati usaha murni beliau kepada kita penduduk Malaysia yang beragama Islam. Tak tau la beliau hidup lagi ka tak
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 1-Oct-2006 14:46 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Awas Lee Kuan Yew, anda sendiri memerlukan Malaysia pada 1963
|
 |
|
Muka hadapan buku tersebut
|
|
 |
|
Gambar Lee Kuan Yew semasa ditemuramah
|
|
 |
|
Indeks buku tersebut
|
| | View all 6 photos... |
|
Kini Lee Kuan Yew lebih bersifat berani untuk mengeluarkan kata-kata kurang sopan dan celupar. Dia (saya enggan untuk menyebut "beliau" kerana saya langsung tidak menghormatinya) sengaja cuba merenggangkan hubungan Singapura-Malaysia dan juga hubungan Singapura-Indonesia kerana wujud sifat iri hati, pentingkan diri sendiri dan "kiasu" pada dirinya. Adakah pemimpin veteran sepertinya perlu untuk kita sebagai rakyat Malaysia menghormatinya kerana ilmunya, jika dia sendiri bersifat biadap, kurang sopan dan celupar?
Mari kita renungi kata-katanya yang pernah diucapkan semasa ditemubual oleh Radio Singapura pada 13 September 1961 dan juga pada 9 Oktober 1961 ketika wujudnya perancangan penubuhan Malaysia. Dari kata-katanya, kita akan dapati bahawa dia sendiri mengakui bahawa Singapura amat perlukan Malaysia. Kesimpulan daripada situasi pada masa kini, telah terbukti bahawa Lee Kuan Yew amat mencumburui Malaysia dan dengki dengan kemajuan dan kemakmuran yang dicapai oleh Malaysia. Mari kita renungkan bersama rentetan peristiwa ini.......
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 30-Sep-2006 11:37 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Mesej kepada semua pengunjung fotopages saya.
|
|
A'kum dan selamat sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pengunjung fotopages saya kerana sudi melawati fotopages ini. Saya memohon seribu kemaafan kerana tidak menggerakkan fotopages saya ini secara aktif. Ini kerana saya kesuntukan masa dan sibuk menguruskan perkara-perkara lain. Tetapi walaupun saya sibuk, saya tetap akan cuba menggerakkan fotopages saya ini secara aktif dengan memasukkan sebarang bahan daripada koleksi saya dan penerangan yang berkaitan dengan koleksi tersebut.
Di samping itu, saya berharap kepada para pengunjung terutamanya para pelajar agar lebih berusaha dengan keras di dalam membuat kerja kursus mereka dan di harapkan mereka dapat berkunjung ke tempat yang lebih sesuai untuk mendapatkan maklumat bagi melengkapkan kerja kursus mereka seperti Arkib Negara di cawangan negeri masing-masing atau pun muzium-muzium yang berkenaan. Saya memohon seribu kemaafan kerana tidak dapat menolong para pelajar sekalian di dalam membuat kerja kursus mereka kerana saya bukanlah seorang yang bertauliah dan begitu mahir dalam sejarah negara Malaysia dan saya juga tidak mempunyai koleksi sejarah Malaysia yang lengkap seperti Arkib Negara dan muzium-muzium yang lain. Tambahan pula, jika saya mempunyai bahan sejarah dalam bentuk bertulis sekalipun, saya tidak mempunyai masa yang cukupi untuk merungkai dan menerangkan segala intipati dan cerita yang terdapat dalam bahan bertulis tersebut. sekali lagi saya memohon seribu kemaafan kerana gagal untuk memenuhi segala pertanyaan untuk membantu para pelajar melengkapkan kerja kursus masing-masing.
Kepada para pengunjung yang lain, terima kasih kerana mengunjungi fotopages saya. Saya juga memohon seribu kemaafan jika gagal untuk memenuhi permintaan para pengunjung sekalian seperti mengemukakan bahan-bahan sejarah tambahan dan juga memberi penerangan yang lebih lanjut berkenaan bahan sejarah tersebut. Ini kerana saya bahan-bahan sejarah tambahan yang diminta tiada dalam koleksi saya dan saya juga kesuntukan masa untuk membaca bahan-bahan sejarah bertulis saya. Sekian, terima kasih dan harap maklum. Wassalam.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 16-Apr-2006 20:47 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Zaman Pendudukan Jepun 1941-1945
|
 |
|
Rakyat Jepun di Syonan (Singapura)
|
|
 |
|
Rakyat Jepun berlatih pertolongan cemas di Syonan (Singapura)
|
|
 |
|
Berita pertempuran Iwo Jima - detik kekalahan Jepun
|
| | View all 7 photos... |
|
|
Gambar2 dan penulisan berkenaan Jepun semasa zaman pendudukan Jepun di Malaya dipetik daripada koleksi akhbar Penang Shimbun (Akhbar Penang) sekitar tahun 1944 dan 1945, kemuncak kekalahan Tentera Imperial Jepun di Pasifik.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 1-Feb-2006 11:05 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Buku repot Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.
|
 |
|
Buku repot "Masalah Irian Barat."
|
|
 |
|
Buku repot mengenai pendirian Malaya.
|
|
|
|
Terdapat dua buku repot yg dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan sekitar tahun 1960 an di sini. Kedua-dua buku repot ini berkisahkan ucapan Tunku Abdul Rahman dan pendapat beliau mengenai isu-isu yg terlibat. Isu-isu yg dikeutarakan ialah berkenaan dengan status Irian Barat yg dijajah oleh Belanda dan pendirian Malaya terhadap ancaman Parti Komunis China kepada India. Apa yg saya tahu ialah, kekesalan Tunku terhadap campur tangan beliau berkenaan isu Irian Barat yang ditentang oleh rakyat Indonesia. Tunku berasa kecewa terhadap tentangan tersebut. Pada hemat saya, Tunku perlu lebih sensitif di dalam mencampuri hal ehwal negara lain dan beliau sendiri tahu bahawa Presiden Sukarno pada masa itu amat tidak bersetuju terhadap penubuhan negara Malaya. Ini yg perlu dipertimbangkan oleh beliau.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 31-Jan-2006 04:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kisah mengenai PKM.
|
 |
|
Risalah anti-komunis.
|
|
 |
|
Buku "The Jungle Is Neutral."
|
|
 |
|
Buku "The War Of Running Dogs."
|
|
|
|
PKM sampai bila2 pun tidak akan dimaafkan oleh warga Malaysia. Ia ibarat sebilah pisau yg mengguris hati dan akan berdarah sampai bila2. Tidak kiralah apa bangsa anggota PKM itu samaada berbangsa Melayu atau Cina, mereka tetap tidak dapat dimaafkan oleh warga Malaysia. Allaryarham Yusof Rono telah lama meninggal, tetapi Peristiwa Bukit Kepong tetap segar diingatan kita semua. Di sini disertakan dua buah buku daripada United Kingdom dan sekeping risalah anti-komunis bertulisan jawi yg dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1956. Ketiga-tiga bahan ini membicarakan tentang pergerakan PKM di Tanah Melayu. Semoga pejuang2 kita dicucuri rahmat oleh Ilahi di dalam mempertahankan negara kita daripada PKM yg durjana.
|
|
|
|