Want your
own Fotopage?







 
Mohd Faiz's FotoPage

By: Mohd Faiz Ajis

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 12-Nov-2005 00:00 Email | Share | Bookmark
13 Mei 1969, suatu tragedi yang tragis dalam sejarah Malaysia.

Buku Tragedi 13 Mei hasil karangan Tunku Abdul Rahman.
Buku Tragedi 13 Mei diterbitkan oleh MAGERAN.
13 Mei 1969, suatu tarikh yg tidak dapat dilupakan. Sesiapa yang melalui zaman pada tarikh ini pasti mempunyai cerita yang tersendiri berkenaan Tragedi 13 Mei ini terutama bagi mereka yg tinggal di sekitar Kulala Lumpur dan di kawasan yang berhampiran dengan Kuala Lumpur seperti Petaling Jaya. Pelbagai cerita dapat kita dengari berkenaan tragedi ini. Malangnya tidak banyak buku yang dikeluarkan untuk menceritakan tentang tragedi ini. Maka, sumber utama berkenaan tragedi ini adalah terhad dan kebanyakannya adalah datang dari mulut ke mulut. Sumber utama bertulis amat terhad pengeluarannya. Kenapa perkara ini berlaku? Sepatutnya perkara ini tidak harus berlaku agar generasi millenium pada masa kini tidak lupa akan tragedi ini dan menjadikannya sebagai iktibar agar tragedi ini tidak berulang lagi. Perkara ini penting untuk menjamin kestabilan masyarakat Malaysia yang majmuk. Pernah suatu ketika selepas Tragedi 13 Mei 1969 berlaku, kebanyakan negara2 asing berpendapat bahawa Malaysia akan hancur. Alhamdulillah Malaysia masih wujud sehingga kini. Tetapi sejauh manakah keamanan yang kita nikmati sekarang akan berkekalan? Mungkin agak kasar apa yang saya ingin keutarakan, tetapi ini adalah suatu pandangan peribadi saya berdasarkan keadaan pada masa kini, kemungkinan tragedi ini akan berulang. Tetapi entah bila. Cuma tunggu masanya sahaja. Ibarat sebutir bom jangka yang menanti masanya untuk meletup Apa yang dapat saya perhatikan, sebelum berlakunya tragedi ini, terdapat banyak peristiwa berturutan seperti peristiwa di Pulau Pangkor, peristiwa pembunuhan seorang bangsa Cina yang kemudian dianggap sebagai wira serta diadakan perarakan mayat yang besar untuknya, peristiwa pembunuhan seorang petugas kempen pilihanraya yang berbangsa Melayu dan banyak lagi. Pada masa berlakunya tragedi ini, tidak dapat dinafikan bahawa wujudnya pengaruh komunis di dalam mencetuskan tragedi ini yang bertujuan untuk menghancurkan negara. Kini, terdapat juga peristiwa berturutan seperti peristiwa di Kg Rawa, Pulau Pinang dan peristiwa Kg Medan. Tetapi apa yang amat saya harapkan peristiwa berturutan ini tidak menyumbang kepada terjadinya suatu tragedi. Harapan saya agar tragedi ini tidak berulang lagi. Kita semua hidup di dalam masyarakat majmuk, jadi amat perlu bagi kita memahami antara satu sama lain dan saling hormat menghormati. Biarlah Tragedi 13 Mei hanya terpahat di dalam sejarah Malaysia dan dijadikan sebagai iktibar oleh kita semua agar tidak berulang lagi. Kita memerlukan masa 48 tahun untuk membina sebuah negara Malaysia yang ada pada masa kini, tetapi untuk menghancurkannya hanya memerlukan masa satu hari sahaja. Renungkanlah demi kepentingan kita bersama. Jasa Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) juga tidak patut dilupakan kerana MAGERAN telah memainkan peranan penting di dalam menstabilkan kembali keadaan negara selepas berlakunya peristiwa ini. *sesiapa yang berminat untuk mencari buku Tragedi 13 Mei ini, bolehlah menghubungi saya melalui laman fotopages saya ini. Insyaallah saya boleh mendapatkannya.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net